10,534 kes baharu Indonesia

JAKARTA 31 Ogos – Jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 4,089,801 kes selepas 10,534 lagi disahkan positif hari ini. Pada masa yang sama, 532 orang meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 133,023 kematian. Kes sembuh pula merekodkan 16,781 orang pesakit pulih dan ini menambah jumlah kesembuhan kepada 3,760,497 dengan kes aktif 196.281 Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,287 dan kumulatifnya 656,045,  diikuti Jawa Timur 1,663 (343,990), DI Yogyakarta 1.127 (132.776), Jawa Tengah 1.102  (416.023) serta Kalimantan Selatan 1,016 (57.797). Jawa Timur menambah 1,323 kes…

Read More

Satu kematian, 71 kes di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 31 Ogos – Brunei Darussalam mencatatkan kematian kesembilan akibat Covid-19 melibatkan seorang lelaki berusia 80 tahun, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Katanya, allahyarham yang disahkan positif pada 22 Ogos lalu mengalami masalah jangkitan paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Beliau juga memaklumkan 71 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,712 kes. Sebanyak 24 kes baharu itu ada kaitan dengan sembilan kluster aktif dan individu yang dijangkiti adalah yang menjalani kuarantin dan didapati menjadi kontak kepada beberapa kes yang disahkan. Sementara 47 kes lagi masih dalam…

Read More

Filipina cecah 1,989,857 kes

MANILA 31 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 13,827 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,989,857. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 16,759 pesakit dilaporkan sembuh dan membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,810,847 orang atau 91.0 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga merekodkan 118 orang meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 33,448 kematian. Kes aktif pula sebanyak 145,562 atau 7.3 peratus. Sementara itu, setakat 29 Ogos sebanyak 33,099,392 dos telah diberikan dan dan daripada jumlah itu, 13,784,681 individu telah melengkapkan vaksinasi dua dos…

Read More

Kes kembali lepasi 20,000

PUTRAJAYA 31 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat semula dengan merekodkan 20,897 kes baharu berbanding 19,268 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,746,254. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 282 kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 16,664 orang. Katanya, daripada 20,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 422 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,475 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes…

Read More

161 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Ogos – Singapura melaporkan 156 kes baharu Covid-19 tempatan dan lima kes import setakat pukul 12 tengah hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 67,620 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 79 kes tanpa hubung kait dengan jangkitan terdahulu, 48 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudah dikuarantin, dan 29 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan. Antara kes-kes baharu hari ini, dua kes berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin dan berisiko sakit teruk. Jumlah kes  hari ini adalah yang tertinggi…

Read More

Hantar 500,000 dos ke Australia

SINGAPURA 31 Ogos – Singapura akan menghantar 500,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech ke Australia sebagai sebahagian daripada satu perjanjian perkongsian  dos vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Dalam satu catatan Facebooknya, Perdana Menteri berkata di bawah perjanjian itu Australia akan memulangkan kembali jumlah vaksin yang sama kepada Singapura pada bulan Disember. Lee berkata, dos yang akan dipulangkan kembali berpotensi untuk dijadikan suntikan ketiga atau booster. Singapura katanya amat berbesar hati dapat membantu negara itu untuk memvaksin para penduduk Australia secepat mungkin. “Negara-negara mesti bersatu dalam perang membendung pandemik agar…

Read More

Selangor catat kenaikan semula

PUTRAJAYA 31 Ogos – Kes di Selangor meningkat semula manakala negeri lain menunjukkan peningkatan dan penurunan sementara Labuan terus merekodkan angka satu digit dengan satu kes berbanding dua semalam. Walaupun kenaikan dan penurunan tidak melibatkan angka yang besar, tetapi jumlah keseluruhan kes seluruh negara menunjukkan peningkatan iaitu 20,897 berbanding 19,268 semalam. Jika semalam Selangor merekodkan 3,567 kes, hari ini angka itu meningkat kepada 4,371 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 603,995 kes. Tiga negeri merekodkan lebih 2,000 kes iaitu Sabah 2,594, angka yang meningkat berbanding 2,310 semalam, Sarawak 2,285 (2,028) dan Johor…

Read More

Trend penurunan kes di Thailand

BANGKOK 31 Ogos – Thailand terus menunjukkan trend penurunan kes dengan merekodkan 14,666 berbanding 15,972 semalam dan 16,526 hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 1,204,729 kes. Pada masa yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 11,589 orang selepas 190 lagi dilaporkan meninggal dunia. Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 14,362 adalah melibatkan penduduk awam manakala 304 dalam kalangan banduan. Tujuh kes import juga dilaporkan sebaik mereka tiba di sini. Bangkok merekodkan 32 kematian sementara wilayah sekitarnya iaitu Pathum Thani (18), Samut Sakhon (17), Samut Prakan (10), Nakhon Pathom (4), dan Nonthaburi (1)…

Read More

Kadar vaksinasi tingkat ruang solat

SINGAPURA 31 Ogos – Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan membuka peluang lebih banyak ruang solat Jumaat disediakan di masjid-masjid Singapura bagi dua solat Jumaat pertama bulan September ini. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sejumlah 78,950 ruang disediakan bagi solat Jumaat pada 3 dan 10 September ini. “Alhamdulillah, kami juga sukacita untuk berkongsi bahawa jemaah kini boleh menempah sesi solat mereka sekali pada setiap dua minggu, Maka itu, sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan ruang solat hanya pada 27 Ogos boleh menempah slot semasa tempoh pendaftaran ini,” kata…

Read More

Sambutan Hari Kebangsaan terkawal

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta beberapa agensi penguat kuasa diberikan penghormatan bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2021. Sambutan  dengan tema “Malaysia Prihatin” diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya bermula pukul 8 pagi. Sambutan berkonsepkan secara terbuka (outdoor), terkawal dan berskala kecil serta penglibatan fizikal yang terhad tanpa melibatkan kehadiran orang awam di lokasi. Pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2021 pada tahun ini adalah mematuhi dan di bawah pemantauan yang ketat bagi semua prosedur operasi standard (SOP)melibatkan penjarakan…

Read More