19,441 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 28 Ogos – Filipina hari ini merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 sejak pandemik bermula dengan mencatatkan 19,441 mengatasi rekod sebelum ini 18,332 pada 23 Ogos lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,935,700.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), lonjakan itu berlaku didorong oleh penularan pantas varian Delta.

DoH setakat pukul 4 petang ini juga merekodkan kes pesakit sembuh yang hampir menyamai  kes positif iaitu sebanyak 19,191 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,760,013 atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, DoH turut merekodkan 142,679 kes aktif atau 7.4 peratus, meningkat sedikit berbanding 142,531 semalam.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 33,008 orang apabila 167 lagi kematian direkodkan.

Sementara itu berikutan peningkatan kes jangkitan, Manila dikenakan perintah kuarantin komuniti diperketatkan sehingga 7 September ini.

Turut terlibat wilayah berhampiran Metro Manila termasuk Bulacan, Cavite, Laguna, dan Rizal.

Related posts

Leave a Comment