17,345 kes tiada, tidak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 Ogos – Malaysia merekodkan 22,597 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan kes ketika ini sebanyak 1,685,510 kes.dengan kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 268,548.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 22,585 kes tempatan, sebanyak 18,677 adalah warganegara dan 3,908 bukan warganegara manakala 12 kes import melibatkan tiga warganegara dan baki bukan warganegara.

Daripada jumlah 22,597 kes baharu, 141 kes adalah Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator) di mana 86.5 peratus tiada/tidak lengkap vaksinasi; Kategori 4 (perlu bantuan oksigen) 101 kes, (78.2% tiada/tidak lengkap vaksinasi) ;

Kategori 3 (radang paru-paru) 226 kes, (74.3% tiada/tidak lengkap vaksinasi).mKategori 2 (gejala ringan) 11,524 kes, (76.3% tiada/tidak lengkap vaksinasi) danMKategori 1 (tiada gejala) 10,605 kes, (77.2% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Secara keseluruhan, 17,345 kes (76.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Sebanyak 19,492 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,401,160 sementara 986 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes kematian baharu masih mencatat pertambahan sebanyak 252 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15,802 kes.

Sebanyak 91 kematian dilaporkan di Selangor, 46 di Johor, 26 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 di Kedah, masing-masing 17 di Sabah dan Pulau Pinang, 13 di Melaka, tujuh kes di Perak, enam di Pahang, lima kes di Sarawak, tiga kes di Negeri Sembilan, dua kes di Kelantan dan satu kes di Perlis.

Related posts

Leave a Comment