BANDAR SERI BEGAWAN 27 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 115 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan 2,380. Menteri Kesihatan, Dr Mohd Isham Jaafar berkata, satu lagi kluster dikesan, dikenali sebagai Kluster 2262 yang merekodkan enam kes. Ini merupakan Kluster aktif yang ke-43. Bercakap pada sidang media situasi terkini Covid-19, beliau memaklumkan sebanyak 48 kes baharu melibatkan 13 kluster sedia ada. Kes melibatkan individu yang dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kes sementara 59 kes masih dalam siasatan untuk mencari punca jangkitan. Sebanyak 35…
Read MoreDay: August 27, 2021
Kes di Filipina meningkat 1,916,461
MANILA 27 Ogos – Filipina setakat ini merekodkan 1,916,461 kes jangkitan Covid-19 termasuk 17,447 kes yang dilaporkan hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 32,841 orang selepas 113 lagi dilaporkan meninggal dunia. Pada masa yang sama, DoH juga merekodkan 6,771 pesakit sembuh yang membawa kepada 1,741,089 orang atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 142,531 atau 7.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu Filipina dijangka menerima kira-kira 50 juta dos vaksin dalam tempoh September hingga Disember tahun ini yang memberi…
Read MoreKes aktif kini 265,695
PUTRAJAYA 27 Ogos – Selepas merekodkan kes jangkitan dan kematian tertinggi semalam, jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini turun kepada 22,070 berbanding 24,599 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan penambahan kes hari ini, jumlah kumulatif kes jangkitan setakat ini meningkat kepada 1,662,913 yang mana 265,695 adalah kes aktif. Kes kematian yang dilaporkan hari ini adalah 339 berbanding 393 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sebanyak 15,500 orang. Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 22,070 adalah kes penularan tempatan dengan 18,832 daripadanya adalah warganegara (85.4…
Read MoreKluster Bugis Junction catat 151 kes
SINGAPURA 27 Ogos – Kluster Bugis Junction terus menambah kes baharu jangkitan Covid-19 apabila 47 lagi kes direkodkan yang membawa kepada 151 kes terkait dengan kluster itu. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 120 kes baharu tempatan dilaporkan dan selain dikaitkan dengan Bugis Junction, 31 kes ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin. Sebanyak 16 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan dan 26 kes pula tiada hubung kait dengan kes-kes sebelum ini. Antara kes-kes baharu , tiga adalah individu berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau hanya…
Read MoreLapan negeri catat empat angka
PUTRAJAYA 27 Ogos – Lapan negeri mencatatkan kes jangkitan empat angka, didahului Selangor yang merekodkan 5,920 berbanding 6,936 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 585,652. Beberapa negeri menunjukkan kes yang tidak banyak berubah walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding semalam yang secara tidak langsung mempengaruhi jumlah kes seluruh negara turun kepada 22,070 berbanding 24,599 semalam. Sabah masih mencatatkan kes yang tinggi walaupun jumlahnya berkurangan dari 3,487 kepada 3,010; Sarawak 2,224 berbanding 2,024; Kedah 2,072 (1,538); Pulau Pinang 1,829 (2,078); Johor 1,809 (2,785); Kuala Lumpur 1,068…
Read More273 kematian, 18,702 kes di Thailand
BANGKOK 27 Ogos – Sebanyak 273 kematian dan 18,702 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, angka yang menunjukkan kenaikan harian berbanding 18,501 kes dan 229 kematian semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 1,139,571 dengan 10,587 kematian. Sebanyak 18,360 kes melibatkan orang awam (termasuk sembilan kes import) dan 342 lagi dalam kalangan banduan. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 20,163 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 943,784 orang pulih. Setakat semalam, sebanyak 185,200 orang sedang mendapatkan rawatan.
Read MoreEmpat menteri Sarawak kekal
KUCHING 27 Ogos – Pelantikan lapan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam barisan Kabinet disifatkan sebagai pengiktirafan untuk rakyat Negeri Bumi Kenyalang itu, kata Ketua Whip GPS, Fadillah Yusof. Beliau ketika menzahirkan pendirian sedemikian, berkata pelantikan itu satu amanah dan tanggungjawab besar, demi rakyat serta negara. “Saya sedar dan insaf, pada ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini. “Seperti ditekankan Perdana Menteri, Kabinet ini adalah pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat, yang perlu…
Read MoreDua muka baharu Sabah sertai Kabinet
KOTA KINABALU 27 Ogos – Dua muka baharu dari Sabah, Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin dan Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa dilantik membarisi Kabinet kerajaan Pusat yang diumumkan hari ini. Mohamad yang mewakili UMNO Sabah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dua manakala Yamani mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Dua. Jawatan Mohamad sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Sungai Besar Muslimin Yahaya manakala Yamani menggantikan Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri yang sebelum ini menyandang portfolio sama. Turut dikekalkan dalam Kabinet baharu itu…
Read MoreKABINET BAHARU MUKA LAMA
PUTRAJAYA 27 Ogos – Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri kecuali empat menteri kanan dinamakan dalam senarai Kabinet baharu muka lama yang diumumkan hari ini. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan Kabinet Berorientasikan Hasil itu mengekalkan sebahagian besar anggota lama, membawa kembali muka lama, melakukan pertukaran portfolio menteri sebelum ini dan memasukkan beberapa nama baharu bagi menggantikan anggota yang digugur. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bertukar menteri melibatkan Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menteri Kanan pula kekal kepada Mohamed Azmin Ali, Hishammuddin Hussein, Fadillah…
Read More