15 kes import baharu di Brunei

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan 15 kes import baharu positif Covid-19 hari ini, 3 Januari 2021 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 172 kes sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar memaklumkan, kes import itu adalah sebahagian daripada 81 penumpang yang tiba dari London pada 21 Disember lalu dengan Penerbangan Diraja Brunei BI004.

Kes 165 mula memgalami sakit tekak pada 31 Disember sementara kes lain tidak mengalami sebarang tanda jangkitan.

Bercakap pada sidang media mengenai situasi Covid-19 petang ini, beliau berkata,  pengesanan kontak sedang giat dijalankan.

Ketika ini terdapat 20 kes aktif di mana seorang dimasukkan ke ICU sementara yang lain dalam keadaan stabil. Setakat ini Brunei merekodkan tiga kematian.

Katanya, setakat ini 31 kes import telah disahkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei lalu.

Hari ini adalah hari ke-242 Brunei Darussalam tanpa jangkitan tempatan.

Ketika ini, sebanyak 572 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan selepas tiba dari luar negara.

Setakat ini, 10,519 telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment