273 kematian, 18,702 kes di Thailand

BANGKOK 27 Ogos – Sebanyak 273 kematian dan 18,702 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, angka yang menunjukkan kenaikan harian berbanding 18,501 kes dan 229 kematian semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 1,139,571 dengan 10,587 kematian.

Sebanyak 18,360 kes melibatkan orang awam (termasuk sembilan kes import) dan 342 lagi dalam kalangan banduan.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 20,163 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 943,784 orang pulih.

Setakat semalam, sebanyak 185,200 orang sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment