SEPANG 6 Okt. – Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), merekodkan sebanyak 29 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat pukul 4.25 petang hari ini.
Berdasarkan data terkini APIMS, Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (172) dan Segamat, Johor (171).
Bacaan IPU di Seremban, Negeri Sembilan; Pasir Gudang dan Tangkak, Johor pula merekodkan bacaan 170, manakala Kluang, Johor (186); Larkin, Johor (166), manakala Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing (164).
Selain itu, Kota Tinggi, Johor (161) dan tiga kawasan iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Indera Mahkota Kuantan, Pahang dan Johan Setia pula masing-masing mencatatkan bacaan 160.
Pengerang, Johor dan Jerantut, Pahang merekodkan bacaan 158; Batu Muda, Kuala Lumpur dan Balok Baru Kuantan, Pahang mencatatkan 157, manakala Bukit Rambai, Melaka serta Kemaman dan Paka, Terengganu masing-masing 156.
Petaling Jaya dan Banting, Selangor dan Alor Gajah, Melaka pula masing-masing merekodkan bacaan 155 sementara Port Dickson, Negeri Sembilan (154); Rompin, Pahang (152); Klang, Selangor (151) dan Temerloh, Pahang (119).
Sebanyak 34 kawasan lain dikategorikan sebagai sederhana dan lima kawasan lagi baik.
(Foto Bandar Baru Nilai)
