Kluster Bugis Junction catat 151 kes

SINGAPURA 27 Ogos – Kluster Bugis Junction terus menambah kes baharu jangkitan Covid-19 apabila 47 lagi kes direkodkan yang membawa kepada 151 kes  terkait dengan kluster itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 120 kes baharu tempatan dilaporkan dan selain dikaitkan dengan Bugis Junction, 31 kes ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin.

Sebanyak 16 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan dan 26 kes pula tiada hubung kait dengan kes-kes sebelum ini.

Antara kes-kes baharu , tiga adalah individu berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau hanya menerima satu dos vaksin dan berisiko mengalami sakit teruk.

Sementara itu terdapat dua kes import dilaporkan yang membawa kepada jumlah 122 kes harian manakala jumlah kumulatif 67,050.

Related posts

Leave a Comment