Kes di Filipina meningkat 1,916,461

MANILA 27 Ogos – Filipina setakat ini merekodkan 1,916,461 kes jangkitan Covid-19 termasuk 17,447 kes yang dilaporkan hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 32,841 orang selepas 113 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Pada masa yang sama, DoH juga merekodkan 6,771 pesakit sembuh yang membawa kepada 1,741,089 orang atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 142,531 atau 7.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Filipina dijangka menerima kira-kira 50 juta dos vaksin dalam tempoh September hingga Disember tahun ini yang memberi peluang kerajaan mencapai vaksinasi penuh menjelang Januari.

Related posts

Leave a Comment