Dr Mahathir ziarah pusara

PUTRAJAYA 6 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara Allahyarham Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, di Presint 20, Putrajaya, hari ini.

Kunjungan itu dikongsikan di Facebook Dr Mahathir bersama hantaran beberapa gambar, petang ini termasuk ziarah oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan perkongsian itu, Dr Mahathir yang ditemani anaknya Mukhriz menabur bunga dan berdoa di pusara isteri tersayang dalam keadaan wajah sayu. Turut sama Mukhriz

Allahyarham Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu dan disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Related posts

Leave a Comment