115 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 27 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 115 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan 2,380.

Menteri Kesihatan, Dr Mohd Isham Jaafar berkata, satu lagi kluster dikesan, dikenali sebagai Kluster 2262 yang merekodkan enam kes. Ini merupakan Kluster aktif yang ke-43.

Bercakap pada sidang media situasi terkini Covid-19, beliau memaklumkan sebanyak 48 kes baharu melibatkan 13 kluster sedia ada.

Kes melibatkan individu yang dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kes sementara 59 kes masih dalam siasatan untuk mencari punca jangkitan.

Sebanyak 35 kes dilaporkan pulih yang membawa kepada 613 kes, sementara kes aktif pula sebanyak 1,757..

Daripada jumlah kes aktif itu, lima dalam keadaan kritikal di mana empat memerlukan bantuan pernafasan dan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Related posts

Leave a Comment