Lapan negeri catat empat angka

PUTRAJAYA 27 Ogos – Lapan negeri mencatatkan kes jangkitan empat angka, didahului Selangor yang merekodkan 5,920 berbanding 6,936 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 585,652.

Beberapa negeri menunjukkan kes yang tidak banyak berubah walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding semalam yang secara tidak langsung mempengaruhi jumlah kes seluruh negara turun kepada 22,070 berbanding 24,599 semalam.

Sabah masih mencatatkan kes yang tinggi walaupun jumlahnya berkurangan dari

3,487 kepada 3,010; Sarawak 2,224 berbanding 2,024; Kedah 2,072 (1,538); Pulau Pinang 1,829 (2,078); Johor 1,809 (2,785); Kuala Lumpur 1,068 (881) dan Kelantan 1,051 (1,312)

Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak dengan 939 kes berbanding 1,170; Pahang 610 (690); Melaka 589 (515); Terengganu 488 (567) Negeri Sembilan 338 (526): Perlis 76 (67); Putrajaya 39 (20) dan lapan kes di Labuan.

Related posts

Leave a Comment