PUTRAJAYA 6 Okt. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi pusara Dr. Hasmah Mohd Ali, di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini.
Abdul Hadi yang turut disertai Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, disambut anak negarawan itu, Mukhriz Mahathir.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya. Al-Fatihah,” katanya menerusi media sosial.
Allahyarhamah Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun sebelum dikebumikan di Pusara Negara pada hari sama.
Nnn
