Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 15 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun lagi, hari ini kepada 542, angka terendah sejak Mac lalu berbanding 609 dan 681 kes pada Ahad dan Sabtu dengan 13 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini 538,525 orang dan 8,412 kematian. Sebanyak 1,041 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih 523,050. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 168 kes diikuti Makkah 85nkes, Timur 62, dan Asir 48 kes.. Sebanyak 7,063 kes aktif dilaporkan dan 1,356 dalam keadaan kritikal.. Sementara…

Read More

Lambda di Filipina, 14,749 kes baharu

MANILA 15 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 14,749 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,741,616. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 270 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 30,340 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 10,720 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,608,528 atau 92.4 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga merekodkan 102,748 kes aktif. Sementara itu DoH juga melaporkan pengesanan 182 kes tambahan dengan varian Delta, 66 kes dengan varian Beta, 41 kes dengan varian Alpha, 40 kes dengan varian P.3,…

Read More

Sekolah bersemuka mulai 3 Oktober

PUTRAJAYA 15 Ogos – Sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya bermula 1 September, ditangguhkan ke 3 Oktober depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin. Bagaimanapun beliau memaklumkan akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan. Tarikh pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas pihaknya meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara. Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira keselamatan para pelajar dan kebimbangan ibu bapa. “Perincian mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat. “Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN),…

Read More

98 peratus kes kategori 1 dan 2

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kes jangkitan harian Covid-19  merekodkan 20,546 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,404,899 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes baharu, hari ini, 373 kes (1.8 peratus) membabitkan Kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,173 kes (98.2 peratus) lagi Kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Hanya 13 daripada 198 kes Kategori 5 terbabit sudah menerima vaksinasi lengkap, Kategori 4 (lima), Kategori 3 (23), Kategori 2 (1,341) dan Kategori 1…

Read More

Kluster akibat gagal patuh kuarantin

KOTA KINABALU 15 Ogos – Rentas negeri dan gagal patuh arahan kuarantin akhirnya mencetuskan Kluster Paka Kawiyan di Ranau yang baharu direkodkan hari ini melibatkan 41 kes positif Covid-19. Kes indeks melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun disahkan positif hasil saringan rentas negeri dan didapati berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan…

Read More

101 BID akibat Covid-19

PUTRAJAYA 15 Ogos – Sebanyak 101 kes kematian di luar hospital (BID) akibat Covid-19, direkodkan hari ini yang juga merupakan angka tertinggi, setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Dalam kenyataannya, beliau berkata, jumlah itu meliputi 46 kes membabitkan rakyat Malaysia, manakala 55 lagi warga asing. Selangor mencatat 49 kematian, Kuala Lumpur (31), Pulau Pinang (sembilan), Johor (empat), Sabah (tiga), Perak (dua), Sarawak (dua) dan Kelantan (satu). Menurut Dr Noor Hisham, berkata ia adalah sebahagian daripada 282 kematian baharu akibat COVID-19 yang dilaporkan, hari ini. Selangor mencatat…

Read More

83 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 15 Ogos – Kes Covid-19 di Brunei Darussalam semakin meningkat dengan 83 kes baharu direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 723 kes. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 juga memaklumkan dua lagi kluster dikesan yang dikenali sebagai Kluster 495 yang mencatatkan dua kes dan Kluster 535 pula satu kes. Katanya, Kluster Chung Hua KB yang melibatkan pelajar merekodkan 29 kes, Kluster 477 (6), Kluster Imigresen (4), Kluster Champion 7 (3), Kluster Total (1) dan Kluster BSP HQ (1).…

Read More

Lima lagi kes positif Dewan Rakyat

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima lagi kes positif Covid-19 ketika persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini 30 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada 30 kes itu, dua membabitkan Ahli Parlimen; masing-masing sembilan kes daripada pengiring dan pegawai agensi kerajaan; tujuh kes lain-lain iaitu ahli keluarga; dua kes kontraktor dan satu kes daripada kakitangan Parlimen. Dalam satu kenyataan media, beliau berkata lima kes baharu itu sudah dimaklumkan pada 13 Ogos lalu, membabitkan lima sekeluarga, dengan kes pertama bergejala adalah individu…

Read More

Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 15 Ogos – Selangor terus menambah kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 7,307 kes berbanding 6,606 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan 512,654 kes. Lapan negeri termasuk Selangor merekodkan angka kes empat digit hari ini dengan Perak melepasi 50,000 kes secara keseluruhan iaitu 50,582. Sabah merekodkan 1,665, kurang sedikit berbanding 1,752 semalam, Kedah 1,596 (1,796), Johor 1,508 (1,425), Kuala Lumpur 1,442 (2,028), Pulau Pinang 1,111 (1,251), Perak 1,069 (1,003) dan Kelantan 1,025 (1,370). Sarawak yang merekodkan 725 kes turut menambah kes dengan merekodkan 963 diikuti Pahang 926 (794), Negeri Sembilan…

Read More

PN SEDANG ‘DITIDURKAN’

KETIKA ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) umpama sedang ‘bertarung’ di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ‘ditidurkan’. PN sudah lama ‘dijangkiti virus ganas’ sehinggalah dua hari lepas semakin kritikal. Keadaannya 50-50. PN sudah lama diserang ‘virus politik’ tetapi kehadiran virus ganas ciptaan makmal PN sendiri lebih parah. Virus darurat, pembatalan ordinan darurat, penarikan sokongan UMNO menyebabkan PN semakin kritikal. Tinggal beberapa jam, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Hidup atau mati tetapi ini politik. Sama-sama kita tunggu esok, adakah PN boleh ‘membuka semula matanya’ atau ‘bernafas’ kembali tetapi bergantung kepada ‘oksigen’. Apa pula…

Read More