101 BID akibat Covid-19

PUTRAJAYA 15 Ogos – Sebanyak 101 kes kematian di luar hospital (BID) akibat Covid-19, direkodkan hari ini yang juga merupakan angka tertinggi, setakat ini, kata

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah,

Dalam kenyataannya, beliau berkata, jumlah itu meliputi 46 kes membabitkan rakyat Malaysia, manakala 55 lagi warga asing.

Selangor mencatat 49 kematian, Kuala Lumpur (31), Pulau Pinang (sembilan), Johor (empat), Sabah (tiga), Perak (dua), Sarawak (dua) dan Kelantan (satu).

Menurut Dr Noor Hisham, berkata ia adalah sebahagian daripada 282 kematian baharu akibat COVID-19 yang dilaporkan, hari ini.

Selangor mencatat 108 kematian baharu akibat Covid-19, hari ini, diikuti Kuala Lumpur (45), Johor (44), Pulau Pinang (24), Kedah (15), Perak (13), Sabah (sembilan), Sarawak (enam), Melaka (enam), Negeri Sembilan (lima), Pahang (empat) dan Kelantan (tiga).

Related posts

Leave a Comment