Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 15 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun lagi, hari ini kepada 542, angka terendah sejak Mac lalu berbanding 609 dan 681 kes pada Ahad dan Sabtu dengan 13 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini 538,525 orang dan 8,412 kematian.

Sebanyak 1,041 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih 523,050.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 168 kes diikuti Makkah 85nkes, Timur 62, dan Asir 48 kes..

Sebanyak 7,063 kes aktif dilaporkan dan 1,356 dalam keadaan kritikal..

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Kesihatan Dr. Muhammad Al-Abdel Ali berkata varian Delta sudah ada di negara itu dan ia dapat diatasi dengan menyelesaikan dua dos vaksinasi.

Katanya varian Delta kini lebih cepat tersebar dan berbahaya yang telah mencetuskan banyak kes di seluruh dunia disebabkan penularan virus dari seorang kepada enam hingga tujuh orang.

Related posts

Leave a Comment