Sekolah bersemuka mulai 3 Oktober

PUTRAJAYA 15 Ogos – Sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya bermula 1 September, ditangguhkan ke 3 Oktober depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin.

Bagaimanapun beliau memaklumkan akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Tarikh pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas pihaknya meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara.

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira keselamatan para pelajar dan kebimbangan ibu bapa.

“Perincian mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN,” katanya dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, hari ini.

Julai lalu, KPM mengumumkan sesi persekolahan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka ditetapkan mulai 1 September secara berperingkat.

Related posts

Leave a Comment