Kluster akibat gagal patuh kuarantin

KOTA KINABALU 15 Ogos – Rentas negeri dan gagal patuh arahan kuarantin akhirnya mencetuskan Kluster Paka Kawiyan di Ranau yang baharu direkodkan hari ini melibatkan 41 kes positif Covid-19.

Kes indeks melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun disahkan positif hasil saringan rentas negeri dan didapati berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, hasil

beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

Daripada 132 orang disaring, kluster ini merekodkan 41 kes positif termasuk 13 kes baharu hari ini.

Dalam kenyataannya malam ini, beliau berkata dua lagi kluster yang direkodkan hari ini ialah Kluster Tangkuyan di Kinabatangan iaitu kluster komuniti yang merekodkan 129 kes positif dan Kluster Segama Batu Satu di Lahad Datu sebuah kluster tempat kerja melibatkan 18 kes.

Kluster Tangkuyan dicetus kerani wanita berusia 27 tahun di ladang sawit Beluran yang menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kampung Tangkuyan di Kuamut, manakala Kluster Segama Batu Satu dicetus lelaki 40 tahun di syarikat perusahaan tayar.

Related posts

Leave a Comment