Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 15 Ogos – Selangor terus menambah kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 7,307 kes berbanding 6,606 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan 512,654 kes.

Lapan negeri termasuk Selangor merekodkan angka kes empat digit hari ini dengan Perak melepasi 50,000 kes secara keseluruhan iaitu 50,582.

Sabah merekodkan 1,665, kurang sedikit berbanding 1,752 semalam, Kedah 1,596 (1,796), Johor 1,508 (1,425), Kuala Lumpur 1,442 (2,028), Pulau Pinang 1,111 (1,251), Perak 1,069 (1,003) dan Kelantan 1,025 (1,370).

Sarawak yang merekodkan 725 kes turut menambah kes dengan merekodkan 963 diikuti Pahang 926 (794), Negeri Sembilan 698 (727), Melaka 631 (521) dan Terengganu 534 (560).

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 47 kes berbanding 51 semalam, Perlis 21 (61) dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan tiga kes selepas sifar kes semalam.

Related posts

Leave a Comment