98 peratus kes kategori 1 dan 2

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kes jangkitan harian Covid-19  merekodkan 20,546 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,404,899 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah kes baharu, hari ini, 373 kes (1.8 peratus) membabitkan Kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,173 kes (98.2 peratus) lagi Kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Hanya 13 daripada 198 kes Kategori 5 terbabit sudah menerima vaksinasi lengkap, Kategori 4 (lima), Kategori 3 (23), Kategori 2 (1,341) dan Kategori 1 (1,362)..

Selain itu, 282 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan, dengan 101 kes kematian di luar hospital (BID), yang membawa kepada jumlah kumulatif 12,510 (0.89 peratus).

Selangor mencatatkan 108 kematian diikuti 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 44 di Johor, 24 di Pulau Pinang, 15 di Kedah, 13 di Perak, sembilan di Sabah, masing-masing enam  di Sarawak dan Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, empat  di Pahang, dan tiga di Kelantan.

Sebanyak , 29 kluster baharu dikesan meliputi 17 kluster tempat kerja, komuniti (10) dan kumpulan berisiko tinggi (dua) membabitkan Selangor, Johor, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Perlis, Pahang dan Sarawak.

Di samping itu 16,945 pesakit dilaporkan sembuh, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya 1,145,128 kes (81.5 peratus), manakala 1,059 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 526 memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini, adalah 247,261 kes.

Related posts

Leave a Comment