Lambda di Filipina, 14,749 kes baharu

MANILA 15 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 14,749 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,741,616.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 270 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 30,340 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 10,720 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,608,528 atau 92.4 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga merekodkan 102,748 kes aktif.

Sementara itu DoH juga melaporkan pengesanan 182 kes tambahan dengan varian Delta, 66 kes dengan varian Beta, 41 kes dengan varian Alpha, 40 kes dengan varian P.3, dan kes pertama varian Lambda.

Varian Lambda kini diklasifikasikan sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI)

DoH mengingatkan orang ramai bahawa mematuhi standard kesihatan awam dan mendapatkan vaksin masih merupakan pertahanan terbaik terhadap Covid-19 dan apa sahaja variannya.

Setiap orang harus ingat untuk memakai pelitup muka dengan betul, mencuci tangan, menjaga jarak fizikal, dan memastikan pengudaraan yang betul setiap kali berada di dalam rumah.

Related posts

Leave a Comment