Indonesia lanjut PPKM Level 4

JAKARTA 2 Ogos – Indonesia sekali lagi melanjutkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Level 4 di beberapa wilayah/kota republik itu sehingga 9 Ogos ini. Presiden Joko Widodo mengumumkan keputusan itu hari ini ketika kes jangkitan Covid-19 mula menunjukkan penurunan sejak beberapa hari lalu. PPKM bermula 3 hingga 25 Julai dan disambung pada 26 Julai sehingga hari ini, 2 Ogos sebelum disambung satu minggu lagi. Jokowi berkata, PPKM telah memberi kesan yang baik sama ada terhadap bilangan kes jangkitan harian, pesakit sembuh dan kes aktif. Beliau bagaimanapun meminta rakyat terus berwaspada…

Read More

Kemuncak gelombang kedua

JAKARTA 2 Ogos – Gelombang kedua koronavirus di Indonesia telah mencapai  kemuncaknya, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin “Kami boleh lihat bahawa puncaknya sudah dijangkaui terutamanya di kawasan-kawasan di Jawa. Keadaan nampaknya mula bertambah baik,” katanya dalam satu sidang media online. Penularan varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, menyaksikan jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia mencecah rekod tertinggi, 56,757 kes pada 15 Julai dengan 2,069 kematian pada 27 Julai. Meskipun jumlah kes harian mula merosot pada purata 33,800 setiap hari pada minggu lalu, kadar positif koronavirus kekal tinggi. Terdapat…

Read More

Bayi, kanak-kanak dijangkiti

KOTA KINABALU 2 Ogos – Bayi dan kanak-kanak adalah antara 1,166 kes Covid-19 baharu dilaporkan di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun. Menurut Masidi, 19 kes melibatkan bayi berusia bawah setahun dan secara keseluruhan, 89 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 termasuk 70 berusia satu hingga lima tahun. Katanya, selain itu 69 pesakit lagi adalah golongan warga emas manakala 213 kes atau 18.2 peratus daripada keseluruhan kes baharu merupakan jangkitan yang berlaku ke atas golongan telah divaksinasi. Dalam kenyataan, beliau berkata daripada jumlah itu, 92 individu telah…

Read More

Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 2 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dengan merekodkan 1,063 kes baharu hari ini berbanding 1,084 semalam dan 1,146 yang dicatatkan pada 31 Julai. Menurut catatan Kementerian Kesihatan (MoH), angka kematian juga tidak banyak berubah  apabila angka yang dicatatkan antara 10 hingga 12 kes sejak beberapa hari lalu, iaitu 10 kematian haari ini berbanding 12 semalam dan 11 pada Sabtu lalu. Dengan perkembangan ini, jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah 527,877 dengan jumlah kematian pula 8,259 orang. Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 244…

Read More

Fasa 3 PPN Perlis, Sarawak, Labuan

PUTRAJAYA 3 Ogos – Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke fasa tiga kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini. Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin berkata, keputusan itu dibuat hasil penelitian perkembangan semasa PPN yang dibentangkan Menteri Penyelaras PPN, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam mesyuarat hari ini. “Sukacita ingin saya umumkan bahawa Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menunjukkan prestasi amat baik akan beralih ke fasa tiga PPN berkuatkuasa Rabu. Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan…

Read More

Lima kluster ziarah perayaan

PUTRAJAYA 2 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 kluster dalam kalangan masyarakat iaitu lima daripadanya berpunca daripada aktiviti ziarah ketika perayaan yang kini sudah menjangkiti seramai 96 individu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga daripada lima kluster membabitkan aktiviti ziarah itu dikesan di Kelantan dan masing-masing satu di Johor dan Kedah. Dalam kenyataannya, beliau memberitahu, kluster komuniti itu adalah daripada 29 kluster baharu yang dikesan hari ini, iaitu 13 membabitkan tempat kerja, tiga dalam kumpulan berisiko tinggi serta satu kluster masing-masing membabitkan aktiviti keagamaan dan institusi…

Read More

Malaysia catat 219 kematian harian

PUTRAJAYA 2 Ogos – Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi apabila 219 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan angka korban keseluruhan akibat wabak itu meningkat kepada 9,403 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes kematian yang dilaporkan, sebanyak 201 kes adalah warganegara Malaysia, manakala 18 lagi warga asing. Selangor terus menjadi negeri tertinggi melaporkan kes kematian iaitu 105 kes manakala Kuala Lumpur (41), Johor (24), Melaka (sembilan) dan Pahang (lapan). Negeri Sembilan mencatatkan tujuh kes kematian, masing-masing enam kes di Kedah dan Perak,…

Read More

Kemboja suntik 2 juta kanak-kanak

PHNOM PENH 2 Ogos – Sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak Kemboja berusia 12 hingga 17 tahun dijangka diberi vaksin dalam usaha kerajaan mecapai imuniti kelompok, kata Perdana Menteri Hun Sen Langkah awal yang bermula hari ini melibatkan kanak-kanak di Phnom Penh dan tiga wilayah Kandal, Koh Kong dan Preah Sihanouk. Cucu Hun Sen antara penerima utama vaksin itu. Menurut laporan media, melalui kempen vaksinasi itu, kerajaan juga menimbang untuk menyuntik kanak-kanak berusia 10 hingga 11 tahun Menurut Hun Sen pihak berkuasa juga akan segera memulakan pemberian suntikan penggalak (booster) kepada orang…

Read More

Thailand ulangi kematian tertinggi

BANGKOK 2 Ogos – Thailand sekali lagi merekodkan kes kematian harian tertinggi, 178 orang sama seperti direkodkan pada 31 Julai lalu ketika kes harian juga tertinggi 18,912 pada hari yang sama. Dengan perkembangan ini, jumlah kematian di Thailand kini melepasi 5,000 orang apabila jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,168 kematian sejak pandemik itu bermula awal tahun lalu. Jumlah kes jangkitan harian pula 17,970 orang kurang sedikit berbanding 18,027 yang direkodkan semalam. Daripada jumlah kes harian itu, 17,795 adalah orang awam (termasuk 11 kes import) dan 175 dalam kalangan banduan penjara. Bangkok…

Read More

Selangor, KL, Johor tertinggi

PUTRAJAYA 2 Ogos – Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu dengan  lima negeri melaporkan bilangan mencecah empat angka didahului Selangor dengan 6,067 kes , Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108). Selangor menunjukkan sedikit penurunan berbanding 6,326 kes semalam, begitu juga Kuala Lumpur yang merekodkan 2,086 semalam dan Kedah yang mencatatkan 1,511 semalam. Berbanding semalam, Johor menambah kes jangkitan berbanding 1,045 semalam dan Sabah 1,002 Negeri Sembilan merekodkan 862 berbanding 809 semalam, Perak 748 (693), Pulau Pinang 667 (752), Kelantan 552 (459), Pahang 475 (676), Melaka 463 (686),…

Read More