Israel sedia bertempur semula

BAITULMAQDIS – Israel berhak untuk menyambung semula pertempuran dengan Hamas jika perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Palestin itu gagal, kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Beliau yang memberi amaran, tindakan berkenaan akan mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) juga berikrar untuk membawa pulang semua tebusan yang ditahan di wilayah Palestin.

Netanyahu dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Sabtu – sehari sebelum gencatan senjata berkuat kuasa berkata, dengan perjanjian ini, Israel akan membawa pulang 33 lelaki dan perempuan, sebahagian besar daripada mereka masih hidup.

Beliau berkata, fasa pertama selama 42 hari yang bermula pada Ahad adalah “gencatan senjata sementara.”

Jika kami terpaksa menyambung semula peperangan, kami akan melakukannya dengan kekuatan,” kata Netanyahu, sambil menambah bahawa Israel telah “mengubah wajah Timur Tengah” sejak peperangan itu bermula.

Nnn

Related posts

Leave a Comment