Kemuncak gelombang kedua

JAKARTA 2 Ogos – Gelombang kedua koronavirus di Indonesia telah mencapai  kemuncaknya, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin

“Kami boleh lihat bahawa puncaknya sudah dijangkaui terutamanya di kawasan-kawasan di Jawa. Keadaan nampaknya mula bertambah baik,” katanya dalam satu sidang media online.

Penularan varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, menyaksikan jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia mencecah rekod tertinggi, 56,757 kes pada 15 Julai dengan 2,069 kematian pada 27 Julai.

Meskipun jumlah kes harian mula merosot pada purata 33,800 setiap hari pada minggu lalu, kadar positif koronavirus kekal tinggi.

Terdapat juga kebimbangan bahawa varian Detla mungkin terus merebak di luar Jawa, khususnya di kawasan terpencil yang tidak mempunyai kelengkapan khidmat jagaan kesihatan.

Budi berkata, kebanyakan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 belum divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment