Bayi, kanak-kanak dijangkiti

KOTA KINABALU 2 Ogos – Bayi dan kanak-kanak adalah antara 1,166 kes Covid-19 baharu dilaporkan di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun.

Menurut Masidi, 19 kes melibatkan bayi berusia bawah setahun dan secara keseluruhan, 89 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 termasuk 70 berusia satu hingga lima tahun.

Katanya, selain itu 69 pesakit lagi adalah golongan warga emas manakala

213 kes atau 18.2 peratus daripada keseluruhan kes baharu merupakan jangkitan yang berlaku ke atas golongan telah divaksinasi.

Dalam kenyataan, beliau berkata daripada jumlah itu, 92 individu telah lengkap dua suntikan vaksin manakala 121 individu lagi telah menerima satu dos suntikan.

Selain itu, 304 kes (26.1 peratus) merupakan jangkitan dalam golongan yang tidak layak vaksin, manakala 649 kes (55.7 peratus) adalah golongan yang masih menunggu giliran untuk vaksinasi.

Pecahan angka mengikut umur turut memperlihatkan golongan aktif berumur 18 hingga 59 tahun sebagai kumpulan yang mencatat kes paling tinggi dengan 793 kes.

“Ia diikuti golongan berusia enam hingga 71 tahun dengan 215 kes.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 bagi negeri ini berkata satu kluster baharu melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja telah dikesan iaitu tapak binaan hidro dalam Mukim Kuala Tomani.

Kluster yang dikenali sebagai Kluster Sibulu, Tenom itu melibatkan seorang jurumampat lelaki, 46 tahun, bukan warganegara, dan tinggal di Kem 3, Sibulu.

Kluster ini telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 55 kes setakat hari ini.

Related posts

Leave a Comment