Thailand ulangi kematian tertinggi

BANGKOK 2 Ogos – Thailand sekali lagi merekodkan kes kematian harian tertinggi, 178 orang sama seperti direkodkan pada 31 Julai lalu ketika kes harian juga tertinggi 18,912 pada hari yang sama.

Dengan perkembangan ini, jumlah kematian di Thailand kini melepasi 5,000 orang apabila jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,168 kematian sejak pandemik itu bermula awal tahun lalu.

Jumlah kes jangkitan harian pula 17,970 orang kurang sedikit berbanding 18,027 yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah kes harian itu, 17,795 adalah orang awam (termasuk 11 kes import) dan 175 dalam kalangan banduan penjara.

Bangkok yang dikelilingi lima wilayah – Samut Sakhon, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan dan Nakhon Pathom – merekodkan 122 daripada 178 kematian.

Pada masa yang sama Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi berbanding wilayah lain dengan 3,144 kes diikuti Samut Sakhon 1,252 dan Chonburi 1,141

Sebelas kes import pula melibatkan tujuh dari Myanmar, dua dari Kemboja dan masing-masing satu dari United Kingdom dan Qatar.

Related posts

Leave a Comment