Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 2 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dengan merekodkan 1,063 kes baharu hari ini berbanding 1,084 semalam dan 1,146 yang dicatatkan pada 31 Julai.

Menurut catatan Kementerian Kesihatan (MoH), angka kematian juga tidak banyak berubah  apabila angka yang dicatatkan antara 10 hingga 12 kes sejak beberapa hari lalu, iaitu 10 kematian haari ini berbanding 12 semalam dan 11 pada Sabtu lalu.

Dengan perkembangan ini, jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah 527,877 dengan jumlah kematian pula 8,259 orang.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 244 kes diikuti  Riyadh 217, Timur 152, dan Asir 108

Sebanyak 10,624 kes aktif dilaporkan dan 1,434;dalam keadaan kritikal.

Sementara itu jurucakap MoH mengingatkan penduduk mengenai kepentingan melengkapkan dua dos suntikan vaksin bagi menghadapi varian Delta yang lebih pantas tersebar dan berbahaya.

Katanya mengambil satu dos belum mencukupi untuk mencapai imuniti.

Beliau berkata, tidak timbul masalah untuk mengambil vaksin kecuali jika seseorang mengalami alahan berlebihan dan teruk.

Related posts

Leave a Comment