Selangor, KL, Johor tertinggi

PUTRAJAYA 2 Ogos – Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu dengan  lima negeri melaporkan bilangan mencecah empat angka didahului Selangor dengan 6,067 kes , Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

Selangor menunjukkan sedikit penurunan berbanding 6,326 kes semalam, begitu juga Kuala Lumpur yang merekodkan 2,086 semalam dan Kedah yang mencatatkan 1,511 semalam.

Berbanding semalam, Johor menambah kes jangkitan berbanding 1,045 semalam dan Sabah 1,002

Negeri Sembilan merekodkan 862 berbanding 809 semalam, Perak 748 (693), Pulau Pinang 667 (752), Kelantan 552 (459), Pahang 475 (676), Melaka 463 (686), dan Terengganu (425) dan Sarawak 411 (578).

Putrajaya melaporkan 46 kes baharu berbanding 72 semalam Perlis sembilan kes dan Labuan tujuh kes.

Related posts

Leave a Comment