Kes di Indonesia di bawah 50,000

JAKARTA 28 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan penurunan dengan jumlah kes harian sebanyak 47,791iaitu  di bawah 50,000 selepas kali terakhir merekodkan 51,952 pada 17 Julai lalu. Indonesia sebelum ini pernah beberapa kali merekodkan kes jangkitan melebihi 50,000 kes bermula dengan 54,517 (14 Julai), 56,757 (15 Julai), 54,000 (16 Julai) 51,952 (17 Julai) sebelum turun ke angka 44,721. pada 18 Julai. Sebanyak 47,791 kes positif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3.287.727. Kes pesakit meninggal dunia pula  sebanyak 1.824 dan kumulatifnya mencapai 88.659 kes manakala 43,856 orang dilaporkan…

Read More

1,334 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Julai – Hari kedua Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian melebihi 1,300 apabila 1,334 kes direkodkan berbanding semalam 1,379. Menurut Kementerian Kesihatan, sebelas lagi kematian dilaporkan hari ini berbanding 10 semalam dan 12 pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 522,108 dan 8,200 kematian. Sebanyak 1,079 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 502,528. Sementara itu, daerah Timur merekodkan kes yang tinggi iaitu 271 diikuti Riyadh 260,  Makkah  239 dan Asir dengan 127 kes.. Terdapat 11,380 kes aktif dan…

Read More

Aktiviti keluarga cetus 3 kluster

KOTA KINABALU 28 Julai – Tiga kluster baharu Covid-19 di Sabah yang dilaporkan di daerah Keningau hari ini dikaitkan dengan aktiviti perkumpulan keluarga, Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata kluster terbabit iaitu Kluster Bayangan, Kluster Bariawa Laut dan Kluster Menawo Baitah. Kes dikesan melalui saringan bergejala dan saringan tempat kerja. Katanya, Kluster Bayangan membabitkan penularan Covid-19 dalam komuniti di Mukim Bingkor dan Luagan, manakala Kluster Bariawa Laut dan Kluster Menawo Baitah masing-masing di Mukim Patikang dan Kali serta Mukim Seberang, Lingkudau dan Luagan, Keningau. Kluster Bayangan membabitkan penularan…

Read More

Covid-19 : Menuju kes harian 24,000

PUTRAJAYA 28 Julai – Lonjakan kes Covid-19 berlaku pada 25 Julai lalu apabila merekodkan 17,045 kes berbanding hari sebelumnya, 24 Julai sebanyak 15,902. Bagaimanapun angka itu turun kepada 14,516 pada 26 Julai dan naik semula kepada 16,117 semalam. Hari ini, jumlah kes naik semula kepada angka 17 iaitu 17,405. Ini bermakna dalam tempoh empat hari ini, jumlah kenaikan harian melebihi 1,100 hingga 1,600 kes. Jika trend ini berterusan, maka tidak hairanlah Malaysia akan mencapai tahap kemuncak 24,000 kes positif sehari pada pertengahan September seperti yang pernah dijangkakan oleh Ketua Pengarah…

Read More

Vaksin : Kerajaan tidak paksa rakyat

KUALA LUMPUR 28 Julai – Kerajaan tidak akan memaksa rakyat mengambil vaksin Covid-19 selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semua vaksinasi yang lain tidak diwajibkan dan diambil secara sukarela. “Kerajaan tidak mahu sampai memaksa orang ramai mengambil vaksin tetapi berharap kemudahan dan kebebasan dapat diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin,” katanya dalam penggulungan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, petang ini. Kerajaan harap dengan kemudahan (kebebasan) ini, akan menarik mereka yang enggan berdaftar atau…

Read More

Semua jenis vaksin baik, berkesan

KUALA LUMPUR 28 Julai – Semua jenis vaksin adalah baik dan berkesan dalam mencegah jangkitan varian Delta Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurutnya, vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia setakat ini telah terbukti berkesan terhadap varian baharu itu. Setakat kita tahu sekarang, vaksin Pfizer dan AstraZeneca, sudah pun menunjukkan, melalui penerbitan dalam jurnal kesihatan bahawa walaupun ada sedikit penurunan dari segi keberkesanannya terhadap varian Delta, ia masih lagi berkesan. “Vaksin Sinovac telah pun kita terima maklumat daripada pengeluar…

Read More

Selangor, KL kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 28 Julai – Selangor terus menambah kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 7,171 kes, satu peningkatan jumlah berbanding 6,616 yang dicatatkan semalam. Begitu juga Kuala Lumpur yang merekodkan 2,880 kes, juga jumlah yang meningkat berbanding 2,457 semalam. Dengan perkembangan ini, kedua-dua negeri menyumbangkan  10,051 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes seluruh negara meningkat kepada 17,405. Kedah merekodkan 1,112 kes berbanding 1,000 semalam, Sabah 913 (741), Negeri Sembilan 863 (669), Johor 767 (907), Pulau Pinang 760 (618), Kelantan 532 (592), dan Melaka 531. Terengganu mencatatkan 490 kes, Sarawak 464 (406), Pahang 429…

Read More

136 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 28 Julai – Sebanyak 130 kes tempatan baharu Covid-19 dan enam kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura meningkat kepada 64,589 kes. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan 27 kes tempatan dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim manakala dua lagi dalam kluster KTV. Dengan perkembqngan ini, kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim kini merekodkan 929 kes dan menjadi kluster terbesar di negara ini. Dalam kalangan jangkitan baru hari ini, 61 berhubung kait kes terdahulu dan sudah…

Read More

Filipina catat 4,478 kes baharu

MANILA 28 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,478 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,566,667. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,149 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kesembuhan meningkat kepada 1,484,714 orang atau 94.8 peratus. Jumlah kematian pula meningkat kepada 27,401 orang apabila 84 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula sebanyak 54,552 atau 3.5 peratus.

Read More

Thailand catat kes harian tertinggi

BANGKOK 28 Julai – Thailand sekali lagi mencatatkan rekod baharu Covid-19 apabila merekodkan 16,533 kes harian tertinggi hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 543,361. Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan, sebanyak 16,331 kes melibatkan orang awam (termasuk 10 kes import) dan 202 dalam kalangan banduan. Bangkok mendahului dengan 3,997 kes, diikuti Samut Sakhon 1,147, Samut Prakan 1,088 dan Chon Buri 864. Jumlah kematian pula 133 orang menjadikan jumlah keseluruhan 4,397 orang meninggal dunia. Bangkok turut merekodkan kematian tertinggi iaitu 45, Samut Prakan 12, Nonthaburi 10, Nakhon Pathom 9 Samut Sakhon 7.…

Read More