Filipina catat 4,478 kes baharu

MANILA 28 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,478 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,566,667.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,149 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kesembuhan meningkat kepada 1,484,714 orang atau 94.8 peratus.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 27,401 orang apabila 84 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 54,552 atau 3.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment