SINGAPURA 28 Julai – Sebanyak 130 kes tempatan baharu Covid-19 dan enam kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura meningkat kepada 64,589 kes.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan 27 kes tempatan dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim manakala dua lagi dalam kluster KTV.
Dengan perkembqngan ini, kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim kini merekodkan 929 kes dan menjadi kluster terbesar di negara ini.
Dalam kalangan jangkitan baru hari ini, 61 berhubung kait kes terdahulu dan sudah dikuarantin, 21 kes dikaitkan jangkitan terdahulu dikesan menerusi ujian pengawasan dan 48 jangkitan tidak berhubung kait mana-mana kes sebelumnya,
Sementara itu, daripada enam kes import, dua dikesan sebaik tiba di sini manakala empat lagi jatuh sakit semasa tempoh pengasingan atau.menjalani notis jangan keluar rumah (SHN).