Thailand catat kes harian tertinggi

BANGKOK 28 Julai – Thailand sekali lagi mencatatkan rekod baharu Covid-19 apabila merekodkan 16,533 kes harian tertinggi hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 543,361.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan, sebanyak 16,331 kes melibatkan orang awam (termasuk 10 kes import) dan 202 dalam kalangan banduan.

Bangkok mendahului dengan 3,997 kes, diikuti Samut Sakhon 1,147, Samut Prakan 1,088 dan Chon Buri 864.

Jumlah kematian pula 133 orang menjadikan jumlah keseluruhan 4,397 orang meninggal dunia.

Bangkok turut merekodkan kematian tertinggi iaitu 45, Samut Prakan 12, Nonthaburi 10, Nakhon Pathom 9 Samut Sakhon 7.

Mengenai kes import, semua 10 kes melibatkan warganegara Thai yang tiba dari Myanmar (6), Malaysia (2) dan seorang masing-masing dari United Kingdom dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

Sehingga semalam, sebanyak 178,270 orang pesakit sedang menerima rawatan.

Sejak gelombang ketiga Covid-19 pada 1 April, terdapat 514,498 kes dilaporkan di mana 333,268 sembuh dan 4,303 kematian manakala sejak pandemik bermula awal tahun lepas,sebanyak 543,361 kes di mana 360,694 sembuh dan 4,397 kematian.

Sebelum ini kes tertinggi yang direkodkan adalah 15,376 yang dilaporkan pada Isnin 26 Julai dengan kematian tertinggi pada 17 Julai sebanyak 144.

Related posts

Leave a Comment