1,334 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Julai – Hari kedua Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian melebihi 1,300 apabila 1,334 kes direkodkan berbanding semalam 1,379.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebelas lagi kematian dilaporkan hari ini berbanding 10 semalam dan 12 pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 522,108 dan 8,200 kematian.

Sebanyak 1,079 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 502,528.

Sementara itu, daerah Timur merekodkan kes yang tinggi iaitu 271 diikuti Riyadh 260,  Makkah  239 dan Asir dengan 127 kes..

Terdapat 11,380 kes aktif dan 1,409 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment