Kes di Indonesia di bawah 50,000

JAKARTA 28 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan penurunan dengan jumlah kes harian sebanyak 47,791iaitu  di bawah 50,000 selepas kali terakhir merekodkan 51,952 pada 17 Julai lalu.

Indonesia sebelum ini pernah beberapa kali merekodkan kes jangkitan melebihi 50,000 kes bermula dengan 54,517 (14 Julai), 56,757 (15 Julai), 54,000 (16 Julai) 51,952 (17 Julai) sebelum turun ke angka 44,721. pada 18 Julai.

Sebanyak 47,791 kes positif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3.287.727.

Kes pesakit meninggal dunia pula  sebanyak 1.824 dan kumulatifnya mencapai 88.659 kes manakala 43,856 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2.640.676 orang.

Kes aktif pula bertambah 2.111 kes  menjadikan 558.392 kes

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu  Jakarta 11,040 orang dan kumulatifnya  sebanyak 757.091 orang, Jawa Barat 8.067  (453.625), Jawa Timur 4.591 (217.791, Jawa Tengah 4.480 ( 288.915 ), dan Banten 1.645 ( 63.080 ).

Jawa Barat pula menambahkan 8.366 kes positif dan kumulatifnya 590.392, diikuti Jawa Timur 6.422 (293.019), Jakarta  5.525 (804.027), Jawa Tengah 4.666 ( 367.954) dan  DYogyakarta 2.282 (112.459).

Bagi kes kematian, Jawa Timur menambah  401 kes dengan  kumulatifnya 19.284, Jawa Tengah 398 ( 17.899 ), Jawa Barat 205 ( 8.886), Kalimantan Timur 87 kasus dan kumulatifnya 3.117 serta DKI Jakarta 69 kes dan kumulatifnya 11.852 kasus.

Related posts

Leave a Comment