Selangor, KL kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 28 Julai – Selangor terus menambah kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 7,171 kes, satu peningkatan jumlah berbanding 6,616 yang dicatatkan semalam.

Begitu juga Kuala Lumpur yang merekodkan 2,880 kes, juga jumlah yang meningkat berbanding 2,457 semalam.

Dengan perkembangan ini, kedua-dua negeri menyumbangkan  10,051 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes seluruh negara meningkat kepada 17,405.

Kedah merekodkan 1,112 kes berbanding 1,000 semalam, Sabah 913 (741), Negeri Sembilan 863 (669), Johor 767 (907), Pulau Pinang 760 (618), Kelantan 532 (592), dan Melaka 531.

Terengganu mencatatkan 490 kes, Sarawak 464 (406), Pahang 429 (403), Perak 406 (583), Wilayah Persekutuan Putrajaya 68 (122), Wilayah Persekutuan Labuan 16 (11) dan Perlis tiga kes berbanding dua semalam.

Related posts

Leave a Comment