1,173 kes di Arab Saudi

RIYADH 4 Julai – Kes jangkitan harian Covid-19 kembali kepada 1,200 kes ke bawah apabila merekodkan 1,173 kes hari ini dengan 13 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 492,785 orang dan 7,876 pesakit berkaitan virus itu meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam tempoh 24 jam sebanyak 1,389 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 472,939 orang. Daerah Timur Arab Saudi merekodkan 273 kes diikuti Riyadh 227, Makkah 222, dan  Qassim 118. MoH juga merekodkan 11,970 kes aktif dan 1,348 daripada mereka dalam keadaan kritikal. Sementara itu sehingga…

Read More

27,233 kes 555 kematian

JAKARTA 4 Julai – Selepas merekodkan hampir 28,000 kes harian semalam, jumlah jangkitan Covid-19 yang direkodkan di Indonesia hari ini turun sedikit kepada 27,233 menjadikan jumlah keseluruhan 2,284,084 kes. Berdasarkan data yang dikeluarkan, sebanyak 13,127 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,928,274 orang manakala  kes aktif meningkat kepada 295,228 iaitu pertambahan sebanyak 13,551 kes. Dalam tempoh 24 jam juga, jumlah kematian akibat Covid-19 pula bertambah sebanyak 555 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 60,582 orang. Jawa Tengah merupakan provinsi yang paling banyak merekodkan kematian iaitu 138 orang, Jawa Timur 89,…

Read More

PdP di lima negeri kekal

PUTRAJAYA 4 Julai – Sesi pembelajaran bersemuka di Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya akan dilaksanakan selepas cuti pertengahan penggal persekolahan yang masing-masing bermula pada 16 Julai bagi Kumpulan A dan 17 Julai bagi Kumpulan B. Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, Takwim Persekolahan tahun 2021 adalah kekal seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam sidang media pada 6 Jun lalu. Sehingga tarikh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di lima negeri terbabit akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).…

Read More

Tiga lagi lokaliti kena PKPD

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kerajaan hari ini mengumumkan tiga lokaliti baharu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), penamatan di 12 lokaliti dan dua lagi dilanjutkan pelaksanaannya. Lokaliti baharu adalah Kuarters Ladang Lepan Kabu (A & B) dan sebahagian kawasan Kampung Pahi (bersempadan dengan Kuarters Ladang Lepan Kabu), Kuala Krai, Kelantan, Kampung Jambatan Baru, Membakut, Beaufort dan Blok 6, Kampung Titingan, Tawau, Sabah. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh penguatkuasaan adalah bermula 6 sehingga 19 Julai. PKPD yang ditamatkan adalah kawasan di Mukim Tenglu, Mersing, Johor iaitu…

Read More

63 kematian 6,045 kes baharu

PUTRAJAYA 4 Julai – Sebanyak 6,045 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 778,652 kes dengan kes aktif pula sebanyak 67,669. Daripada jumlah itu, 20 adalah kes import iaitu 13 warganegara dan tujuh bukan warganegara manakala 6,025 kes tempatan melibatkan 4,647 warganegara dan 1,378 bukan warganegara. Sebanyak 5,271 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif 705,486 kes manakala 917 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 443  memerlukan bantuan pernafasan. Bagi kes kematian, daripada 63 kes, Selangor merekodkan 25 kes diikuti 15 kes di Negeri Sembilan,…

Read More

Penggunaan katil lebih 85 peratus

PUTRAJAYA 4 Julai – Kadar penggunaan katil pesakit termasuk ‘repurpose bed’ (katil yang diubah suai) di hospital-hospital di Lembah Klang kini melebihi 85 peratus, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Justeru Kementerian Kesihatan akan melaksanakan beberapa langkah afirmatif bagi menangani keadaan luar jangka kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital kementerian di Lembah Klang, terutamanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Antaranya ialah meluaskan lagi penyumberluaran pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta bagi membolehkan HKL menerima dan merawat lebih ramai pesakit Covid-19. Selain itu, kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU)…

Read More

5,966 kes baharu di Filipina

MANILA 4 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,966 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,436,369. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,987 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan meningkat kepada 1,358,512 orang atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi tempoh yang sama, 86 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,149 kematian. Kes aktif pula 52,708 atau 3.7 peratus.

Read More

Selangor terus mendahului kes

PUTRAJAYA 4 Julai – Daripada 6,045 pesakit baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,262 kes disumbangkan oleh Selangor. Selain Selangor tiga negeri melepasi 500 kes iaitu Kuala Lumpur dengan 616 kes, diikuti Negeri Sembilan 531 dan Johor 500. Sementara itu Perak merekodkan 384 kes, Sarawak 365, Kedah 332, Melaka 290, Sabah 228, Pulau Pinang 173 dan Kelantan 124. Lain-lain negeri di bawah 100 kes sementara Perlis tidak melaporkan pertambahan kes baharu hari ini.

Read More

Singapura 1 tempatan 10 import

SINGAPURA 4 Julai – Hanya satu kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura hari ini tetapi pada masa yang sama 10 kes import dilaporkan. Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan yang direkodkan hari ini tiada kaitan dengan kes sebelumnya. Manakala semua kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Sembilan kes import itu dikesan semasa mereka tiba di Singapura, manakala seorang lagi didapati sakit semasa menjalani tempoh pengasingan. Dengan perkembangan ini, setakat ini Singapura melaporkan 62,617 kes jangkitan Covid-19 dengan 36 meninggal dunia akibat…

Read More

Hampir 6,000 kes baharu di Thailand

BANGKOK 4 Julai – Hampir 6,000 kes dilaporkan hari ini dengan jumlah pesakit yang meninggal dunia pula 44 orang menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 283,067 orang serta 2,226 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 5,916 kes direkodkan hari ini yang meliputi 5,877 orang awam termasuk enam import dan juga 39 kes berkaitan penjara. Kes kematian pula melibatkan 30 kes di Bangkok, tiga di Samut Prakan dan dua masing-masing di Yala dan Nakhon Pathom serta masing-masing satu di  Khon Kaen, Chachoengsao, Pathum Thani, Narathiwat, Prachuap Khiri Khan, Ayutthaya dan…

Read More