RIYADH – Beberapa jam selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan penerbangan disambung semula semalam, puak Houthi di Yaman melancarkan serangan terbaharu ke atas lapangan terbang antarabangsa di Riyadh.
Operasi yang disambung semula di lapangan terbang itu berlaku ketika satu kes letupan menggegarkan Riyadh pada awal Ahad, selepas mesej teks dihantar kepada penduduk bagi memberi amaran mengenai ancaman musuh yang menyasarkan bandar berkenaan.
Laman sesawang Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid menunjukkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa diteruskan pada Ahad, termasuk penerbangan yang tiba dari Dubai, Paris dan Kaherah.
Sementara laman web penjejakan pesawat, Flightradar24 tururt menunjukkan beberapa penerbangan berlepas, meskipun kebanyakannya dibatalkan.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree kemudian berkata kumpulan itu melaksanakan tiga operasi ketenteraan dengan berpuluh-puluh peluru berpandu balistik dilancar.
Saree turut mendakwa, serangan ke atas lapangan terbang itu disifatkan mencapai sasarannya.
Houthi sudah melancarkan beberapa gelombang serangan ke atas lapangan terbang itu, termasuk serangan pada bulan ini yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 300 orang, insiden paling dahsyat tempoh lebih sedekad.
Nnnn
