27,233 kes 555 kematian

JAKARTA 4 Julai – Selepas merekodkan hampir 28,000 kes harian semalam, jumlah jangkitan Covid-19 yang direkodkan di Indonesia hari ini turun sedikit kepada 27,233 menjadikan jumlah keseluruhan 2,284,084 kes.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, sebanyak 13,127 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,928,274 orang manakala  kes aktif meningkat kepada 295,228 iaitu pertambahan sebanyak 13,551 kes.

Dalam tempoh 24 jam juga, jumlah kematian akibat Covid-19 pula bertambah sebanyak 555 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 60,582 orang.

Jawa Tengah merupakan provinsi yang paling banyak merekodkan kematian iaitu 138 orang, Jawa Timur 89, Jakarta 76, Jawa Barat 66 dan Yogyakarta 38.

Sementara itu, pemerintah Indonesia meminta industri gas untuk meningkatkan pengeluaran oksigen perubatan.

Pada masa yang sama orang ramai juga diharap tidak menyimpan bekalan oksigen sehingga menyebabkan ramai orang tidak dapat mengakses bekalan oksigen.

Related posts

Leave a Comment