63 kematian 6,045 kes baharu

PUTRAJAYA 4 Julai – Sebanyak 6,045 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 778,652 kes dengan kes aktif pula sebanyak 67,669.

Daripada jumlah itu, 20 adalah kes import iaitu 13 warganegara dan tujuh bukan warganegara manakala 6,025 kes tempatan melibatkan 4,647 warganegara dan 1,378 bukan warganegara.

Sebanyak 5,271 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif 705,486 kes manakala 917 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 443  memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian, daripada 63 kes, Selangor merekodkan 25 kes diikuti 15 kes di Negeri Sembilan, 10 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga kes di Johor dan Kedah, masing-masing dua  di Pulau Pinang dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Sarawak, Terengganu dan Melaka.

Related posts

Leave a Comment