5,966 kes baharu di Filipina

MANILA 4 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,966 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,436,369.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,987 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan meningkat kepada 1,358,512 orang atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagi tempoh yang sama, 86 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,149 kematian.

Kes aktif pula 52,708 atau 3.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment