Singapura 1 tempatan 10 import

SINGAPURA 4 Julai – Hanya satu kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura hari ini tetapi pada masa yang sama 10 kes import dilaporkan.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan yang direkodkan hari ini tiada kaitan dengan kes sebelumnya.

Manakala semua kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Sembilan kes import itu dikesan semasa mereka tiba di Singapura, manakala seorang lagi didapati sakit semasa menjalani tempoh pengasingan.

Dengan perkembangan ini, setakat ini Singapura melaporkan 62,617 kes jangkitan Covid-19 dengan 36 meninggal dunia akibat jangkitan penyakit tersebut.

Related posts

Leave a Comment