Hampir 6,000 kes baharu di Thailand

BANGKOK 4 Julai – Hampir 6,000 kes dilaporkan hari ini dengan jumlah pesakit yang meninggal dunia pula 44 orang menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 283,067 orang serta 2,226 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 5,916 kes direkodkan hari ini yang meliputi 5,877 orang awam termasuk enam import dan juga 39 kes berkaitan penjara.

Kes kematian pula melibatkan 30 kes di Bangkok, tiga di Samut Prakan dan dua masing-masing di Yala dan Nakhon Pathom serta masing-masing satu di  Khon Kaen, Chachoengsao, Pathum Thani, Narathiwat, Prachuap Khiri Khan, Ayutthaya dan Nakhon Si Thammarat.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 1,498 kes diikuti , Pathum Thani (458), Samut Prakan (412), Samut Sakhon (395) dan Chon Buri (275).

Enam kes import pula melibatkan empat warga Thai yang pulang dari Kemboja dan dua ketibaan dari Kuwait.

Sementara itu, sebanyak 3,404 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 220,903 orang manakala 59,938 masih menerima rawatan.

Jumlah vaksinasi pula meningkat 10,670,897

Related posts

Leave a Comment