Selangor terus mendahului kes

PUTRAJAYA 4 Julai – Daripada 6,045 pesakit baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,262 kes disumbangkan oleh Selangor.

Selain Selangor tiga negeri melepasi 500 kes iaitu Kuala Lumpur dengan 616 kes, diikuti Negeri Sembilan 531 dan Johor 500.

Sementara itu Perak merekodkan 384 kes, Sarawak 365, Kedah 332, Melaka 290, Sabah 228, Pulau Pinang 173 dan Kelantan 124.

Lain-lain negeri di bawah 100 kes sementara Perlis tidak melaporkan pertambahan kes baharu hari ini.

Related posts

Leave a Comment