1,173 kes di Arab Saudi

RIYADH 4 Julai – Kes jangkitan harian Covid-19 kembali kepada 1,200 kes ke bawah apabila merekodkan 1,173 kes hari ini dengan 13 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 492,785 orang dan 7,876 pesakit berkaitan virus itu meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam tempoh 24 jam sebanyak 1,389 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 472,939 orang.

Daerah Timur Arab Saudi merekodkan 273 kes diikuti Riyadh 227, Makkah 222, dan  Qassim 118.

MoH juga merekodkan 11,970 kes aktif dan 1,348 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Sementara itu sehingga semalam, sebanyak 18,326,022 dos vaksin Covid-19 telah disuntik melalui 587 pusat pemberian vaksin di seluruh Arab Saudi.

Related posts

Leave a Comment