Jumlah kes Saudi turun sedikit

RIYADH 23 Jun – Arab Saudi buat hari ketiga berturut-turut terus merekodkan lebih 1,200 kes baharu Covid-19, dengan mencatatkan 1,253 kes, kurang daripada 1,479 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 13 orang sementara 11,328 kes masih aktif di mana 1,472 dalam keadaan kritikal. Dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes yang dilaporkan Arab Saudi kini meningkat kepada 478,135 kes manakala kematian pula 7,716 orang. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 459,091 orang termasuk 1,043 orang yang dilaporkan pulih hari ini. Makkah merekodkan kes hariian…

Read More

Jokowi minta duduk di rumah

JAKARTA 23 Jun – Di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 di Indonesia, Presiden Joko Widodo meminta masyarakat lebih berdisiplin menerapkan protokol kesihatan serta merayu  penduduk kekal di rumah jika tiada urusan penting di luar. Jokowi berkata, ketika Indonesia sedang menghadapi ujian dan cobaan yang  berat berikutan penularan wabak itu, kerjasama rakyat dan pemimpin di semua peringkat amat penting bagi membendung pandemik. “Saya minta satu hal yang sederhana ini, tinggallah di rumah jika tidak ada kebutuhan yang mendesak,” kata Jokowi dalam siaran YouTube Sekretariat Presiden,  yang dimuatnaik melalui Facebooknya. Jokowi mengakui peningkatan kes…

Read More

15,308 kes harian tertinggi Indonesia

JAKARTA 23 Jun – Selepas mencatatkan angka yang dianggap tertinggi Isnin lalu, Indonesia sekali lagi merekodkan kes tertinggi apabila angka hari ini mencecah 15,308 kes, tertinggi sejak kes pertama dilaporkan pada 2 Mac 2020. Kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah pada 30 Januari lalu sebanyak 14,518 dan pada 21 Jun lalu sebanyak 14,536. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 2,033,421. Wilayah yang merekodkan kes tertinggi hari ini adalah Jakarta dengan 4,693 kes dan kumulatifnya 486,957 diikuti Jawa Barat 2,910 kes (353.629), Jawa Tengah…

Read More

Kes sembuh atasi positif di Filipina

MANILA 23 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 4,353 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,372,232 kes. Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan 7,139 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,298,442 pulih atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 23,928 orang apabila 119 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula 49,862 atau 3.6 peratus.

Read More

Singapura catat 22 kes baharu

SINGAPURA 23 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan sembilan kes import setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 62,470 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 10 kes dalam masyarakat adalah berkait dengan kes-kes terdahulu di mana lapan telah dikuarantin dan dua dikesan melalui ujian pemantauan. Tiga lagi kes tiada kaitan dengan kes terdahulu. Sembilan kes import pula turut melibatkan empat rakyat atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini dan kesemua kes import ini telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Read More

Kes kembali meningkat

PUTRAJAYA 23 Jun – Jumlah kes Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila 5,244 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 711,006. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 60,816 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dilaporkan. “Daripada jumlah berkenaan, 879 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 433 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mengenai 83 kes kematian hari ini, Dr Noor Hisham berkata, 77 kes membabitkan warganegara berusia antara 26 hingga 93 tahun. Selangor melaporkan 35 kematian, diikuti…

Read More

Bangkok catat kematian tertinggi

BANGKOK 23 Jun – Thailand melaporkan kes kematian tertinggi hari ini apabila merekodkan 51 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,744 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 3,174 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 228,539 kes. Daripada 3,174 kes yang dilaporkan, sebanyak 3,138 kes melibatkan orang awam termasuk 26 kes import dan 36 banduan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 26 daripada 51 kematian adalah lelaki, berumur antara 29 hingga 91 tahun, melibatkan warganegara Thailand dan seorang dari Myanmar. Sebanyak 34 kematian dilaporkan di Bangkok,…

Read More

Kes harian lebih tinggi di Selangor

PUTRAJAYA 23 Jun – Selangor merekodkan kes harian yang lebih tinggi apabila mencatatkan 2,001 kes berbanding 1,566 kes semalam sekali gus menjadi penyumbang terbesar terhadap jumlah kes peringkat negara hari ini iaitu 5,244. Turut mencatatkan kenaikan kes berbanding semalam adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 677 kes berbanding 585 semalam diikuti Sarawak 577 (507), Johor 282 (239), Pahang 245 (131), Kedah 189 (142), Melaka 180 (167), Perak 75 (68) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 13 (7). Negara yang mencatatkan penurunan kes harian berbanding semalam adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 531 (635), Pulau…

Read More

Lebih baik pemilihan UMNO secepat mungkin

UMNO, berkocak? Tengok apa yang berlaku ketika orang lain memberi fokus mendesak Parlimen bersidang ‘secepat mungkin’ parti ‘veteran’ itu kecoh dengan pelbagai isu. Macam-macam cerita ada. Begitulah uniknya UMNO. Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) yang memberi fokus kepada pembukaan Parlimen, Perikatan Nasional (PN) khususnya ada cerita lain. Mungkin umpama air berkocak dalam cawan tetapi kocakannya tidaklah sampai memecahkan cawan. Pelbagai cerita muncul daripada mereka yang ‘bertaraf’ pemimpin atau veteran. Begitulah lumrah parti politik, lebih-lebih lagi UMNO yang ramai jurubicara hebat. Ketika orang bercakap seolah-olah pembangkang mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam…

Read More

Empat vaksin China lulus eksport

BEIJING: China mengumumkan senarai vaksin untuk dieksport iaitu vaksin buatan China National Pharmaceutical Group Beijing (Sinopharm Beijing), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan China National Pharmaceutical Group Wuhan (Sinopharm Wuhan). Sinopharm Beijing dan SVA telah disenaraikan sebagai vaksin penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Turut dimaklumkan kesemua vaksin itu telah disuntik secara besar-besaran di negara ini, serta mendapat kelulusan untuk digunakan di lebih 100 negara di dunia. Ketua Jabatan Perdagangan Luar, Kementerian Perdagangan China, Li Xingqian, berkata, ia menunjukkan hasrat China untuk menjadikan vaksin produk kesihatan awam global, selain…

Read More