Bangkok catat kematian tertinggi

BANGKOK 23 Jun – Thailand melaporkan kes kematian tertinggi hari ini apabila merekodkan 51 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,744 orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 3,174 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 228,539 kes.

Daripada 3,174 kes yang dilaporkan, sebanyak 3,138 kes melibatkan orang awam termasuk 26 kes import dan 36 banduan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 26 daripada 51 kematian adalah lelaki, berumur antara 29 hingga 91 tahun, melibatkan warganegara Thailand dan seorang dari Myanmar.

Sebanyak 34 kematian dilaporkan di Bangkok, Pathum Thani (3), Samut Prakan (3),

Chon Buri (2), Nakhon Pathom (2) dan masing-masing satu di Nonthaburi, Ratchaburi, Yala, Prachin Buri, Songkhla, Sa Kaeo dan Saraburi.

Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 956, diikuti Samut Prakan 501, Samut Sakhon 240, Songkhla 185, Chon Buri 142, Pattani 120, Pathum Thani 93, Ratchaburi 91, Narathiwat 89 dan Nakhon Pathom 79.

Sebanyak 1,941 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pulih 189,777.

Setakat ini 8,148,335 telah mendapat vaksin di mana melibatkan 5,844,521 dos pertama dan 2,303,814 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment