Kes harian lebih tinggi di Selangor

PUTRAJAYA 23 Jun – Selangor merekodkan kes harian yang lebih tinggi apabila mencatatkan 2,001 kes berbanding 1,566 kes semalam sekali gus menjadi penyumbang terbesar terhadap jumlah kes peringkat negara hari ini iaitu 5,244.

Turut mencatatkan kenaikan kes berbanding semalam adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 677 kes berbanding 585 semalam diikuti Sarawak 577 (507), Johor 282 (239), Pahang 245 (131), Kedah 189 (142), Melaka 180 (167), Perak 75 (68) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 13 (7).

Negara yang mencatatkan penurunan kes harian berbanding semalam adalah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 531 (635), Pulau Pinang 159 (195), Sabah 129 (193), Kelantan 81 (165), Wilayah Persekutuan Labuan 77 (104), Terengganu 27 (37) dan Perlis 1 (2).

Related posts

Leave a Comment