Kes sembuh atasi positif di Filipina

MANILA 23 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 4,353 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,372,232 kes.

Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan 7,139 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,298,442 pulih atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 23,928 orang apabila 119 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula 49,862 atau 3.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment