15,308 kes harian tertinggi Indonesia

JAKARTA 23 Jun – Selepas mencatatkan angka yang dianggap tertinggi Isnin lalu, Indonesia sekali lagi merekodkan kes tertinggi apabila angka hari ini mencecah 15,308 kes, tertinggi sejak kes pertama dilaporkan pada 2 Mac 2020.

Kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah pada 30 Januari lalu sebanyak 14,518 dan pada 21 Jun lalu sebanyak 14,536.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 2,033,421.

Wilayah yang merekodkan kes tertinggi hari ini adalah Jakarta dengan 4,693 kes dan kumulatifnya 486,957 diikuti Jawa Barat 2,910 kes (353.629), Jawa Tengah 2,595 (235,434), Jawa Timur 873 (165,886) dan Yogyakarta 694 (54,672).

Kes kematian pula meningkat kepada 55,594 orang selepas 303 lagi pesakit meninggal dunia.

Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi 51 kematian diikuti Jakarta 47, Jawa Tengah 45, Jawa Barat 38 dan Kepulauan Riau 25 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 7,167 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih mencecah 1,817,303 orang.

Jawa Tengah menambah 2,032 kes sembuh dengan kumulatif 197,159 orang, Jakarta 1,191 ( 443.012) , Jawa Barat 1.030 (314,472), Jawa Timur 422 (147,870).

dan Riau menambah 315 orang dan kumulatifnya 63,793 orang. 

Related posts

Leave a Comment