Singapura catat 22 kes baharu

SINGAPURA 23 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan sembilan kes import setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 62,470 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, 10 kes dalam masyarakat adalah berkait dengan kes-kes terdahulu di mana lapan telah dikuarantin dan dua dikesan melalui ujian pemantauan.

Tiga lagi kes tiada kaitan dengan kes terdahulu.

Sembilan kes import pula turut melibatkan empat rakyat atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini dan kesemua kes import ini telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Related posts

Leave a Comment